cincin permata 7 jenis kayu ini terdiri daripada kayu nibung tunggal,sulur bertam,teras gemuggal,kayu menang,buluh tumpat,tanduk kijang dan raja kayu..
Khamis, 22 April 2010
Cincin permata 7 jenis kayu
cincin permata 7 jenis kayu ini terdiri daripada kayu nibung tunggal,sulur bertam,teras gemuggal,kayu menang,buluh tumpat,tanduk kijang dan raja kayu..
Cincin permata raja kayu atau teras gemuggal..?
cincin ini pada mulanya dihadiahkan kepada pengasas bersama barang-barang yang lain,cincin ini dikatakan raja kayu pada mulanya.tetapi apabila pengasas berkunjung ke rumah pengasas blog karimon baru-baru ini,beliau mengatakan bahawa cincin ini lebih kepada teras gemuggal kerana apabila dilihat pada rona-rona yang terdapat pada kayu ini lebih kepada teras gemuggal.wallahualam...
Rabu, 14 April 2010
Keris madura
Isnin, 12 April 2010
Buntat siput tunggal....
Tongkat teras kelo atau teras gemuggal
Batu badar berkalimah allah
Badar besi...,besi khursani,besi kuning berwafak?
Rabu, 7 April 2010
Teras kelo,teras gemuggal
Kayu penunduk merah
Kayu tas
kayu tas ini pengasas perolehi ketika berkunjung ke sabah pada bulan mac lalu,saja-saja je pergi melancong melawat adik ipar yang berkerja sebagai PGA di lahad datu.pengasas dapat la bawak balik 2 jenis kayu,kayu tas dan kayu penunduk merah,atau dikenali dengan nama penunduk gajah.khasiat kayu ini lebih kepada penunduk binatang,manusia yang degil dan pelembut hati.
Selasa, 6 April 2010
Cemeti
Barang ini dinamakan cemeti,pasal bentuknya pun macam cemeti kuda... barang ini keistimewaannya adalah untuk kaki pancing.barang ini berunsur penarik rezeki apabila dibawa untuk turun ke laut,bila turun untuk memancing takde la pulang dengan tangan kosong.yang menariknya mengenai cemeti ni ialah,terdapat kalimah allah yang kurang jelas tertera pada cemeti ini.jadi sendiri mau ingat la... jangan letak cemeti ni pada dompet bila nak turun ke laut.pengasas menebusnya daripada seorang kawan yang menyimpan koleksi barang-barang mistik dan antik yang agak banyak jugak la... bak kata slogan astro,macam-macam ada...
Batu delima serai,batu serai & buntat siput.

Batu delima serai & batu serai ini diperolehi melalui proses penarikan serai bunga di rumah pengasas,nak dijadikan cerita semasa pengasas berumur lebih kurang 15 thn.pengasas ada melihat rumah jiran yang menanam serai berkeadaan pelik.tumbuh di tengah- tengah rumpun serai itu bunga seperti padi,rupa-rupanya rumpun serai itu dikatakan serai berbunga.jadi pengasas pun teringin sangat nak menanam pokok serai,mana tau sama jugak serai yang ditanam boleh berbunga jugak.. allah maha berkuasa terhadap segala2nya.serai yang ditanam oleh pengasas sebanyak 4 ke 5 rumpun berbunga kesemuanya.dikatakan rumah yang diduduki oleh pengasas selama ini adalah penempatan orang bunian.wallahhualam.... ada pula cerdik dan pandai di dalam bidang mistik ini yang mengatakan bahawa di bawah rumpun serai ini terdapat harta orang bunian.jadi bapa pengasas pun memanggil la cedik pandai di dalam bidang ni untuk menariknya.. jadi memang betul la seperti yang diperkatakan oleh orang yang cerdik pandai tadi.bapa pengasas memperolehi lebih kurang 30 lebih biji batu serai dan sepasang batu delima serai tadi melalui 1 penarikan rumpun serai.mengenai buntat siput pula pengasas perolehi daripada bapa pengasas sendiri.beliau mengatakan yang ada hamba allah ini bagi kat dia,jadi pengasas pun tahu,tapi masa tu pengasas masih muda lagi.jadi tak berani nak mintak,karang kena penampo sulung lak... he3.... jadi bila dah berkahwin dan dikurniakan anak,baru la pengasas berani mintak... nak dijadikan cerita pengasas bagi alasan nak wat koleksi je....
Langgan:
Catatan (Atom)

