pemberitahuan

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,untuk makluman pembaca,barang-barang yang dipamerkan di dalam blog ini hanyalah koleksi peribadi dan rakan-rakan sepejuangan dengan pengasas,barang ini juga tidak mempunyai unsur-unsur mistik,khadam,penjaga dll... semuanya hanyalah ditentukan oleh kuasa allah dengan izinnya.

Selasa, 6 April 2010

Batu delima serai,batu serai & buntat siput.


Batu delima serai & batu serai ini diperolehi melalui proses penarikan serai bunga di rumah pengasas,nak dijadikan cerita semasa pengasas berumur lebih kurang 15 thn.pengasas ada melihat rumah jiran yang menanam serai berkeadaan pelik.tumbuh di tengah- tengah rumpun serai itu bunga seperti padi,rupa-rupanya rumpun serai itu dikatakan serai berbunga.jadi pengasas pun teringin sangat nak menanam pokok serai,mana tau sama jugak serai yang ditanam boleh berbunga jugak.. allah maha berkuasa terhadap segala2nya.serai yang ditanam oleh pengasas sebanyak 4 ke 5 rumpun berbunga kesemuanya.dikatakan rumah yang diduduki oleh pengasas selama ini adalah penempatan orang bunian.wallahhualam.... ada pula cerdik dan pandai di dalam bidang mistik ini yang mengatakan bahawa di bawah rumpun serai ini terdapat harta orang bunian.jadi bapa pengasas pun memanggil la cedik pandai di dalam bidang ni untuk menariknya.. jadi memang betul la seperti yang diperkatakan oleh orang yang cerdik pandai tadi.bapa pengasas memperolehi lebih kurang 30 lebih biji batu serai dan sepasang batu delima serai tadi melalui 1 penarikan rumpun serai.mengenai buntat siput pula pengasas perolehi daripada bapa pengasas sendiri.beliau mengatakan yang ada hamba allah ini bagi kat dia,jadi pengasas pun tahu,tapi masa tu pengasas masih muda lagi.jadi tak berani nak mintak,karang kena penampo sulung lak... he3.... jadi bila dah berkahwin dan dikurniakan anak,baru la pengasas berani mintak... nak dijadikan cerita pengasas bagi alasan nak wat koleksi je....

4 ulasan:

  1. boleh ke batu delima serai ni diikat dengan emas untuk dibuat cincin??

    BalasPadam
  2. boleh.... nape lak xleh....? semua boleh....

    BalasPadam
  3. Ad kew batu delima saiz kecik mcm btu tudung???

    BalasPadam
  4. Mohon sesiapa yg mahir tarik batu serai hubungi saya segera..7rumpun serai makan berbunga di kebun sy.. 01123311130 shah

    BalasPadam